Rumah Anak Yatim Area Keramat, Pusat Jagaan Kasih Murni, No 1 au2a/13, Keramat
Ini mengenai seorang yang bernama Puan Rohana ALI. Bagaimana dia membesarkn anak anak yatim di rumah ini.
Rumah itu ibarat Syurga bg mereka....
Mereka gelak, ketawa, suka dan duka di harungi bersama...
Wahai para ibu, mengapa sanggup tinggalkan mereka?
Bagaimana susah pun kamu rasa, percayalah Allah tetap akan bersama....
Beberapa tahun lalu, seorang anak kecil telah dihantar ke depan pintu sebuah rumah oleh ibunya. Kata ibu itu, dia tidak mampu menjaga anaknya kerana masalah kewangan, tambahan ayah anak itu telah menghilangkan diri.
Sejak dari itu, langsung tiada kelibat ibu tadi datang menjenguk anak malang itu walaupun pada hari perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Jika dahulu kanak-kanak itu sering bertanya mengapa ibunya tidak datang mengambilnya, namun setelah puas bertanya dan jawapan yang diberikan tetap sama, akhirnya pertanyaan itu tidak lagi kedengaran setelah dia berusia enam tahun.
Itu antara kisah sedih kanak-kanak yang menghuni di Pusat Jagaan Kasih Murni yang dikendalikan Rohana Ali, 52, bersama anak-anak dan menantunya sejak dua tahun lalu.
Menurut Rohana, cintanya pada kerja-kerja sukarelawan di rumah anak yatim bermula sejak di universiti lagi sehingga membawa wanita itu membuka sebuah pusat jagaan dan rumah amal miliknya.
Bermula dengan hanya 15 orang anak yatim, rumah amal yang telah beroperasi dua tahun itu kini mempunyai 30 orang kanak-kanak terdiri daripada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan serta ditinggalkan ibu bapa mereka.
Terletak di AU2A/13 Taman Keramat, Kuala Lumpur, menurut Rohana, pada awalnya dia hanya membuka sebuah pusat jagaan di tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. Namun hatinya terdetik mahu membuka sebuah rumah amal apabila hatinya tersentuh dengan kisah anak-anak yang ditinggalkan.
“Bermula dari situ, saya mencari sebuah rumah untuk dijadikan rumah amal dan menemui rumah ini dengan sewa RM2,800 sebulan. Saya mula mencari anak-anak yang tidak bernasib baik serta anak-anak yatim di seluruh negeri dan membawa mereka tinggal di sini.
“Bermula dari situ, ramai kanak-kanak dihantar ke sini. Ada antara mereka yang ibu bapa langsung tidak datang menjenguk walaupun pada hari raya.
“Saya rasa bersyukur kerana dengan adanya rumah amal ini dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan agar tidak merempat di jalanan,” katanya yang sebelum ini pernah bergelar guru taska dan guru agama.
Mengusahakan rumah amal itu dengan dana sendiri, Rohana akui banyak cabaran yang dihadapinya.
Namun, dia tidak menoleh ke belakang dan nekad untuk terus menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan.
Jelasnya, ada ketika dana untuk menguruskan rumah amal itu tidak mencukupi sehingga anak-anak itu tidak dapat makan nasi dan hanya mampu makan mihun kosong sahaja.
“Saya memang tidak suka meminjam wang sesiapa. Saya menjaga anak-anak ini dengan wang yang saya ada. Pernah beberapa kali tiada beras dalam simpanan dan apa yang saya buat, saya didik anak-anak ini bersyukur dan mengatakan kepada mereka kita tidak makan nasi hari ini kerana bukan beras habis tetapi sebab mereka tidak berdoa pada Allah supaya rezeki kami dimurahkan.
“Jadi, anak-anak faham dengan keadaan itu. Alhamdulillah tiada cabaran yang kami tidak boleh lalui walaupun rumah amal ini hanya berharapkan bantuan orang perseorangan serta pendapatan saya sahaja,” jelasnya yang melakukan semua urusan di rumah amal berkenaan termasuk memasak, menghantar anak-anak ke sekolah, membawa mereka ke klinik dan sebagainya.
Jelas Rohana, setiap bulan dia perlu memperuntukkan RM5,000 merangkumi perbelanjaan harian, persekolahan, perubatan serta pengurusan dan gaji pekerja.
Mengakui kelengkapan serta kemudahan yang ada di rumah amal itu sudah mencukupi, Rohana berharap suatu hari nanti dia dapat menyediakan sebuah van atau bas untuk kegunaan anak-anak berkenaan bagi memudahkan pergerakan mereka sama ada ke sekolah atau menjalani aktiviti luar.
Ketika ini, anak lelakinya yang menjadi pemandu sementara dengan menyewa sebuah van untuk kegunaan mereka di luar dengan bayaran RM200.
“Buat masa ini, kelengkapan seperti tilam, katil, almari serta lain-lain sudah cukup kerana baru-baru ini ada sumbangan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia serta beberapa individu lain yang datang membantu,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Pusat Jagaan Kasih Murni 562188309406 atau talian 013-350 6151.
Assalamualaikum. ..
ReplyDeletePn. Rohana.. . Sy Suhaila. S6 dh 4thn berkahwin Tp masih belum mmpunyai zuriat. Kami berhasrat ingin mengambil bayi lelaki sebagai ank angkat. Rindu sy dgn kehadiran seorg ank. Sekiranya ada bg Kami peluang untuk jd keluarga yg sempurna. Kalau ada Boleh hubungi sy ditalian 0176230907 untuk Kami htr borang permohonan ke JKM untuk prosedure selanjutnya. Kami berharap sgt dpt berita gembira bln Puasa yg bakal menjelang Supaya kami dpt beraya bertiga tahun Ini.
waalaikumsalam kak.. sy bukan pn rohana. pn rohana pengetua sekolah ni.. akak boleh try call nombo di atas.. mane tau rezeki.. moga Allah permudahkan urusan akak.. insyaAllah.. amin
Delete