Posts

Showing posts from June, 2016

Rumah Anak Yatim Area Keramat, Pusat Jagaan Kasih Murni, No 1 au2a/13, Keramat

Image
Ini mengenai seorang yang bernama Puan Rohana ALI. Bagaimana dia membesarkn anak anak yatim di rumah ini. Rumah itu ibarat Syurga bg mereka.... Mereka gelak, ketawa, suka dan duka di harungi bersama... Wahai para ibu, mengapa sanggup tinggalkan mereka? Bagaimana susah pun kamu rasa, percayalah Allah tetap akan bersama.... Beberapa tahun lalu, seorang anak kecil telah dihantar ke depan pintu sebuah rumah oleh ibunya. Kata ibu itu, dia tidak mampu menjaga anaknya kerana masalah kewangan, tambahan ayah anak itu telah menghilangkan diri. Sejak dari itu, langsung tiada kelibat ibu tadi datang menjenguk anak malang itu walaupun pada hari perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Jika dahulu kanak-kanak itu sering bertanya mengapa ibunya tidak datang mengambilnya, namun setelah puas bertanya dan jawapan yang diberikan tetap sama, akhirnya pertanyaan itu tidak lagi kedengaran setelah dia berusia enam tahun. Itu antara kisah sedih kanak-kanak yang mengh...