Posts

Restoran Rembayung Khairul Aming - Tempahan Online

Image
  Cara Booking Rembayung Khairul Aming: Panduan Lengkap, Menu & Waktu Operasi Panduan Tempahan Dalam Talian (Online Booking Guide) Restoran Rembayung tidak menerima pelanggan  “walk-in”  buat masa ini. Semua pelanggan wajib membuat tempahan awal melalui sistem yang ditetapkan. 1. Pautan Rasmi Tempahan Tempahan hanya boleh dibuat melalui pautan sistem Umai: Link:   https://reservation.umai.io/en/widget/rembayung Deposit:  Berdasarkan maklumat terkini, terdapat  deposit sebanyak RM10  untuk setiap tempahan bagi mengelakkan kes  “no-show”. 2. Cara Membuat Tempahan Secara Betul: Layari Pautan Rasmi:  Pastikan anda menggunakan pautan di atas. Berhati-hati dengan akaun palsu di media sosial yang meminta bayaran deposit tinggi  (scammer). Pilih Slot:  Pilih tarikh, masa, dan bilangan tetamu  (pax). Maklumat Peribadi:  Masukkan nama dan nombor telefon yang sah. Sahkan Tempahan:  Anda akan menerima  SMS  atau...

My Achievements

1. 10 A's for my Business Management result!! 2. 2019 Best staff.. 3. Having 2 kids! 4. Won Office Global Collaboration Day year 2025 Alhamdulillah YaAllah.. Tanpa kebenaranmu aku tidak mungkin peroleh apa yg aku ada sekarang.. Terima Kasih yaAllah... Nasihat drpd budak nakal dkat sekolah dlu yg selalu ponteng kelas, ponteng sekolah, sepak senior, dr kecik dduk dgn nenek, ayah xde mak xde, kurang kasih syg, rse nk berhenti skolah, tp sy budak kelas 1st, budak pandai..  🤪  sy nk ckap je yg tu bkn halangan, ni cerita sy: Lepas SPM sy dpat offer dr sekolah (STPM), University Islam Antarabangsa & KPTMKL. Disebabkn mak sy xde duit sy berjan ji dgn diri sy, SY XKN BELAJAR! Tp lepas keje 10 tahun, sy tekad nk ambk Executive Diploma (Degree). So dgn pengalaman kerja lebih 3 tahun & result SPM sy, sy apply UM, UTM & KTAC. Alhamdulillah, 3 3 dpt. Tp UM & UTM kne potong KWSP acc 2, (xnk guna, nk smpan utk beli rumah) & sy xnk jd bodoh mcm ank2 muda yg pi...

Seelok elok sedekah...

Image
Allah berfirman: “Orang-orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262). Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya: “Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah. Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan ten...

Kifarah VS Kafarah

Image
Perbezaan antara Kifarah & Kafarah Kifarah itu denda atau balasan Allah atas dosa2 kita Contoh utk Kifarah.. Anak Lurus Bendul Tapi Hamil Luar Nikah, Kifarah Dosa Perbuatan Lalu Bapa Pada Orang Lain Setiap perbuatan baik mahupun buruk pasti mendapat pembalasan Allah SWT. Salah satu cara Allah menunjukkan kekuasaan-Nya adalah memberi pembalasan di dunia, supaya manusia segera bertaubat sebelum ajal datang menjemput. Pengusaha Baitus Solehah berkongsi cerita seorang ibu kepada pelatih di situ meluahkan rasa tidak sangka anaknya boleh terlanjur hamil luar nikah kerana gadis itu bukanlah seorang anak yang lincah atau liar. Menurut si ibu, ini mungkin kafarah dosa daripada perbuatan bapa gadis tersebut pada waktu lalu. Apa yang telah dilakukan sehingga gadis itu turut terpalit dengan dosa lalu bapanya? Setiap Perkara Yang Berlaku, Ada Sebabnya… Kifarah Dosa Lalu Ayahnya! Allah Beri Peluang… Kafarah pulak bermaksud pengh...

Majlis Buka Puasa di Pusat Jagaan Kasih Murni

Image
Alhamdulillah. 2 July 2016 genap 4 tahun ulang tahun saya bekerja di tempat sekarang :).... Rasa happy sangat2 dapat share dengan anak2 dekat Pusat Jagaan Kasih Murni ni. YaAllah, lindungi lah kami semua. Lindungi lah kami umat Islam. Murahkn rezeki kami agar  kami dapat memberi. Syukur Alhamdulillah atas pemberianMu.  Aminnnnn  

Rumah Anak Yatim Area Keramat, Pusat Jagaan Kasih Murni, No 1 au2a/13, Keramat

Image
Ini mengenai seorang yang bernama Puan Rohana ALI. Bagaimana dia membesarkn anak anak yatim di rumah ini. Rumah itu ibarat Syurga bg mereka.... Mereka gelak, ketawa, suka dan duka di harungi bersama... Wahai para ibu, mengapa sanggup tinggalkan mereka? Bagaimana susah pun kamu rasa, percayalah Allah tetap akan bersama.... Beberapa tahun lalu, seorang anak kecil telah dihantar ke depan pintu sebuah rumah oleh ibunya. Kata ibu itu, dia tidak mampu menjaga anaknya kerana masalah kewangan, tambahan ayah anak itu telah menghilangkan diri. Sejak dari itu, langsung tiada kelibat ibu tadi datang menjenguk anak malang itu walaupun pada hari perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Jika dahulu kanak-kanak itu sering bertanya mengapa ibunya tidak datang mengambilnya, namun setelah puas bertanya dan jawapan yang diberikan tetap sama, akhirnya pertanyaan itu tidak lagi kedengaran setelah dia berusia enam tahun. Itu antara kisah sedih kanak-kanak yang mengh...

Sedekah pada Pada bulan Ramadhan untuk (Pusat Jagaan Kasih Murni) Keramat & Tadika Ummu Ain

Image
Assalamualaikum...... Pada sesiapa yang hendak bersedekah pada bulan Ramadhan @ mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada bulan Ramadhan tahun 2016 boleh lah menghubungi nombor yang di bawah. Mereka juga menerima sedekah pada hari biasa. Mereka juga ada menjaga anak seperti Taska namanya sama Pusat Jagaan Kasih Murni Pn. Rohana Ali +6013 350 6151 @ +6011 2906 5868 Pn. Asilah +6012 378 4979 Pn. Qaniah +6019 724 2243 Saya hantar anak sy ke Tadika Ummu Ain , gambar seperti di bawah. Mereka sangat mementingkan hal Agama Islam. Anak sy berumur 5 tahun dan boleh membaca tahiyat akhir. sy sngt berbangga dengan prestasi anak sy selama dekat 5 bulan bersekolah. Bulanan dan deposit awal kemasukan juga tidak mahal. Bulanan tadika & taska cuma RM350.00. Mereka boleh menguruskan transport juga bagi mereka yg tinggal berdekatan. Boleh menghubungi mereka jika ada sebarang pertanyaan. Saya juga mempunyai 2 nombor cikgu yang mengajar disana jika nombor di atas tidak dapat di...